|

  Pemandu Wanita Sendirian
Pemandu wanita memandu sendirian seringkali menjadi mangsa pembuli jalan raya, penjenayah dan sebagainya. Modas
operasi mereka ialah dengan melanggar kereta yang dipandu wanita sendirian kemudian merompak atau menculik mereka apabila
mereka keluar dari kereta untuk memeriksa kerosakan.
Walaupun adalah lebih baik jika berteman semasa memandu, ada
kalanya wanita tidak dapat mengelak daripada memandu sendirian. Ahli perniagaan wanita contohnya, seringkali keluar memandu
sendirian untuk bertemu dengan rakan kongsi atau pelanggan.
Jika
anda memandu sendirian, amalkan langkah-langkah berikut untuk mengelakkan daripada terjadi perkara yang tidak diingini:
|
Sentiasa pastikan kereta anda berada di dalam keadaan yang memuaskan untuk mengelakkan sebarang
kerosakan ketika memandu
|
|
Bawalah telepon mudah alih bersama untuk meminta bantuan jika perlu
|
|
Pastikan pintu dan cermin kereta sentiasa berkunci
|
|
Jangan biarkan beg tangan atau beg kerja berselerak di dalam kereta. Letakkan di tempat yang
tersorok
|
|
Jangan sekali-kali berhenti untuk bertanya alamat dari orang yang tidak dikenali. Tanyalah
alamat di stesen petrol atau kaunter tol
|
|
Jika diekori, pandulah kereta anda ke balai polis yang berhampiran
|
|
Jangan tumpangkan orang yang tidak dikenali
|
|
Jangan sekali-kali keluar dari kereta jika anda dilanggar secara sengaja oleh pemandu lain
|
|
Catat nombor pendaftaran kereta tersebut, warna dan lain-lain dan gunakan telepon mudah alih
untuk meminta bantuan. Anda juga boleh memandu terus ke balai polis yang berhampiran untuk mebuat laporan polis
|
|
Jika anda berada di dalam kesusahan atau orang yang mencurigakan menghampiri kereta anda, bunyikan
hon kereta atau nyalakan lampu depan kereta untuk menarik perhatian orang sekeliling
|
|
Jika anda diugut oleh perompak, serahkan kunci kereta dan wang anda tanpa berlengah-lengah
|
|
Jika tayar kereta pancit di tempat yang gelap dan asing bagi anda, pandu perlahan-lahan ke
stesen petrol atau tempat awam yang berhampiran untuk mendapatkan bantuan | |   Pakailah Tali Pinggang Keledar! Adakah anda memakai tali pinggang keledar setiap kali anda memasuki kereta? Jika tidak, tahukah anda
bahawa tali pinggang keledar boleh menyelamatkan nyawa anda jika berlaku kemalangan jalan raya?
Anda sedang memandu
mengikut hadlaju yang ditetapkan. Tiba-tiba sebuah kereta dari arah bertentangan terbabas dan merempuh kereta anda. Jika anda
memakai tali pinggang keledar, bahagian badan yang paling kuat ketahanan seperti peha, bahu dan dada akan dapat menyerap tekanan
rempuhan tersebut.
Jika anda tidak memakai tali pinggang keledar, anda mungkin akan tercampak ke hadapan ke arah roda
kemudi, papan pemuka atau cermin depan kereta. Paling malang jika anda tercampak keluar dari kereta yang boleh mengakibatkan
kecederaan yang parah atau kemalangan jiwa.
Jika anda masih lagi berfikir dua kali untuk memakai tali pinggang keledar,
cuba renungkan fakta-fakta berikut:
|
Kebarangkalian untuk mendapat kecedaraan parah adalah dua puluh lima kali lebih tinggi jika
anda tercampak keluar dari kereta anda daripada terikat di kerusi kereta. |
|
Pemandu atau penumpang kereta yang memakai tali pinggang keledar mempunyai kelebihan 50% daripada
mengalami sebarang kecederaan parah di dalam kemalangan jalan raya. |
|
Dengan memakai tali pinggang keledar, anda boleh mengeluarkan diri dari kereta untuk meminta
bantuan dan menolong penumpang lain keluar dari kereta dengan selamat. |
|
Ribuan mangsa yang terkorban dalam kemalangan jalan raya mungkin dapat diselamatkan jika mereka
memakai tali pinggang keledar. |
|
Memakai tali pinggang keledar adalah salah satu undang-undang jalan raya yang perlu dipatuhi.
Anda boleh didenda jika didapati melanggar undang-undang tersebut. |  Beringatlah, memakai tali pinggang keledar hanya mengambil beberapa saat daripada masa anda tetapi ia dapat menyelamatkan
nyawa.

Lindungi kereta anda
Kecurian
kereta berlaku setiap hari di Malaysia. Sejumlah 8,544 buah kereta telah dilaporkan hilang tahun lalu atau dua puluh tiga
buah kereta dilaporkan hilang setiap hari!
Kebanyakan kes kecurian kereta yang dilaporkan berpunca dari kecuaian pemilik
kereta sendiri seperti meninggalkan kunci dan enjin kereta hidup ketika keluar sebentar ke kedai atau semasa membayar petrol
di kaunter stesen petrol. Pencuri kereta sentiasa menanti peluang-peluang seperti ini untuk melarikan kereta tersebut.
Sistem
sekuriti kereta yang tidak sempurna juga menyebabkan bertambahnya kes-kes kecurian kereta. Kereta yang tidak mempunyai system
sekuriti sememangnya berisiko tinggi untuk dicuri. Namun, kereta-kereta mewah yang mempunyai system sekuriti yang canggih
juga sering menjadi mangsa pencuri kereta.
Persoalannya bagaimanakah anda dapat melindungi kereta daripada pencuri
kereta yang semakin bijak menjalankan operasi mereka. Memasang sistem sekuriti kereta yang paling terkini dan canggih tidak
lagi mencukupi, anda juga perlu sentiasa berhati-hati untuk mengurangkan risiko.
Pencuri kereta sering mencari peluang
ketika:
|
Kunci kereta ditinggalkan di suis pencucuh |
|
Cermin kereta terbuka |
|
Pintu kereta tidak dikunci |
 Lindungi kereta anda daripada menjadi sasaran pencuri kereta. Pastikan pintu kereta sentiasa dikunci, cermin dikunci dan
tanggalkan kunci dari suis pencucuh walaupun untuk beberapa ketika.
Anda juga boleh mengamalkan langkah-langkah berikut:
|
Sentiasa prihatin dengan persekitaran di mana saja anda berada samada di luar rumah, tempat
letak kereta dan tempat-tempat awam yang lain. |
|
Jangan tinggalkan barang-barang berharga di dalam kereta. |
|
Letak kereta di kawasan yang terang dan terbuka. |
|
Elakkan daripada meletakkan kereta di tempat letak kereta yang mengenakan hanya bayaran masuk
kerana ianya berisiko tinggi untuk dicuri. Pencuri kereta tidak perlu membayar tiket letak kereta ketika membawa kereta keluar.
|
|
Jangan tinggalkan tiket letak kereta di dalam kereta. |
|
Elakkan daripada menggunakan perkhidmatan jokey kereta untuk mengelakkan kunci kereta anda
di cetak semula. Begitu juga ketika menghantar ke perkhidmatan membasuh kereta. |
|
Gunakan sistem anti-kecurian kereta yang mudah dilihat seperti kekunci roda pemacu atau kekunci
gear kerana ianya mengambil masa yang lama untuk dipotong. |
|
Pasang sistem sekuriti penggerak. Walaupun ianya sering tidak diendahkan namun ia mampu menarik
perhatian awam. |
|
Memasang alat perlumpuhan kerana ia dapat menghalang pencuri daripada mencuri enjin kereta.
|
|
Letakkan nombor pendaftaran kereta di cermin tepi, depan dan belakang. Pencuri yang ingin mencuri
dan menjual kereta perlu mengantikan dengan cermin baru. |
 Walaupun anda memandu sebuah kereta yang buruk dan tidak menarik, jangan sekali-kali menyangka yang ianya akan terselamat
daripada menjadi sasaran pencuri kereta. Tidak kira samada model terbaru Mercedez Benz atau Perodua Kancil terpakai atau model
lama Ford Escort, setiap kereta mempunyai risiko untuk dicuri.
Oleh itu, ambillah langkah-langkah keselamatan untuk
melindungi kereta anda daripada dicuri. Walaupun anda tidak boleh lari dari risiko kecurian kereta, anda sekurang-kurangnya
menyukarkan operasi pencuri kereta.
KESELAMATAN PRODUK DAN KANAK-KANAK
Kanak-kanak sebagai satu golongan pengguna sememangnya lebih terdedah kepada berbagai
barangan dan produk. Ini sering berlaku kepada mereka yang berumur lima tahun ke bawah. Memandangkan usia mereka yang terlalu
muda, selalunya golongan ini kurang cermat atau berwaspada dalam memilih barangan yang sesuai dengan kehendak masing-masing.
Lantaran itu, lebih ramai kanak-kanak terdedah kepada barang serta produk yang tidak sesuai dengan peringkat umur mereka dan
ini boleh mengancam keselamatan. Kadangkala maut padahnya.
Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika rata-rata perangkaan menunjukkan bahawa
golongan kanak-kanak lebih banyak mengalami keracunan ataupun kecederaan akibat menggunakan barangan tersebut. Bukan sahaja
kerana barangan itu tidak selamat, tetapi lebih kerap lagi kerana cara penggunaannya juga tidak selamat. Ini ada kaitan dengan
amalan serta tabiat kita seharian apabila menggunakan barang-barang tersebut. Lazimnya kita cuai dan kurang berhati-hati sehingga
anak-anak kita sendiri sering terdedah kepada bahaya yang tidak menentu.
Di antara barangan yang didapati selalu mendatangkan kemudaratan termasuklah barangan
yang tersimpan di rumah seperti bahan-bahan pencuci dan ubat-ubatan. Barang permainan dan perhiasan juga boleh menjadi sumber
bahaya kepada kanak-kanak, walaupun dalam banyak hal, mutu barangan tersebut terjamin. Apa lagi jika barangan itu sendiri
tidak selamat daripada segi kualiti dan pembuatannya.
Oleh itu, demi keselamatan kanak-kanak, satu kesedaran dan kepekaan terhadap beberapa
bahaya berkaitan bahan barangan serta produk yang ada di pasaran penting dipupuk di kalangan ibubapa/penjaga ataupun kanak-kanak
sendiri. Ini adalah sebaik-baik cara untuk mengatasi dan mencegah daripada berlakunya perkara-perkara yang boleh mengancam
kesihatan masyarakat kita.
Kesedaran terhadap bahaya ubat-ubatan
Amnya ramai yang beranggapan bahawa bahan ubat-ubatan adalah selamat belaka. Maksudnya
ramai menjangkakan yang bahan ubat-ubatan tidak akan mendatangkan sebarang kemudaratan, malah ia pasti berkhasiat belaka.
Ini adalah satu anggapan yang kurang tepat malah boleh menyebabkan banyak keadaan yang tidak diingini, memandangkan bahawa
ubat-ubatan kebanyakannya terdiri daripada bahan kimia. Dan jika tidak digunakan dengan betul, seperti memakan ubat berlebihan,
ataupun tidak mengikut aturan yang telah ditetap, banyak kesan bahaya boleh berlaku. Ubat boleh membahayakan apabila penggunaannya
ditukar ganti kepada sesiapa sahaja, walaupun ubat itu adalah kepunyaan orang lain. Tabiat menggunakan ubat seperti ini amat
bersalahan dengan tatacara penggunakan ubat.
Berikut adalah beberapa cara untuk menggelakkan berlakunya bahaya berkaitan dengan
ubat-ubatan, khususnya bagi kanak-kanak.
- Simpan semua ubat berjauhan daripada jangkauan kanak-kanak. Ubat-ubatan
seelok-eloknya disimpan dalam almari yang berkunci.
- Jangan letak ubat merata-rata terutama jika tidak dalam bekas yang sempurna.
- Simpan ubat-ubatan di satu tempat seperti dalam peti sejuk jika perlu,
(jangan bekukan) untuk mengelakkan kekeliruan.
- Gunakan bekas plastik untuk memudahkan simpanan. Tutup bekas plastik
ini jika ianya diletakkan ditempat yang boleh ditemui oleh kanak-kanak.
- Sekiranya menghantar kanak-kanak ke tempat asuhan, bawa ubat bersama
dalam bekas yang tersimpan dalam beg pakaian dan sebagainya. Jangan masukkan bersama bekas atau beg makanan. Beri ubat itu
terus kepada pengasuh secara persendirian.
- Jangan biarkan kanak-kanak bersama ubat-ubatan (termasuk vitamin) tanpa
kawalan.
- Pulangkan ubat yang tidak digunakan lagi kepada penjaga/ibubapa apabila
tamat masa asuhan.
- Buang semua ubat yang telah habis tempohnya. Jangan simpan ubat yang
tidak berguna lagi. Jangan ulangi penggunaan sewenang-wenangnya.
Daripada
segi keselamatan produk, para pengguna mesti berwaspada dengan ubat-ubatan tiruan ataupun ubat yang tidak bermutu. Acapkali
kita terbaca dalam akhbar bahawa ramai penduduk luar bandar misalnya disogokkan dengan ubat yang tidak bermutu ini. Ubat-ubatan
ini selalunya dijual secara lansung dan semasa menjual berbagai "kebaikan" disebutkan oleh para penjual kononnya disokongkan
dengan kajian.
Dalam hal ini kita harus berwaspada kerana apa juga yang disebut oleh juru jual
perlu mendapatkan pengesahan daripada badan-badan bertanggungjawab terlebih dahulu supaya mutu dan keselamatan terjamin. Bagi
ubat-ubatan satu nombor pendaftaran akan diberikan kepada pihak pembuat atau pengilang sebelum ianya boleh dijual dan dipasarkan.
Nombor ini selalunya bermula dengan huruf "PBKD" (bermaksud Pihak Berkuasa Kawalan Drug, yakni badan yang berwibawa dalam
hal ini) dan di ikuti dengan beberapa nombor khas bagi produk itu saja. Kadangkala ia bermula dengan huruf "MAL" (bermaksud
Malaysia, iaitu ia berdaftar di negara ini). Ini membuktikan bahawa ubat-ubatan tersebut telah mendapat pengesahan daripada
kerajaan dan diakui mutu dan keselamatannya. Tanpa pendaftaran, semua ubat perlu dielakkan, bahkan perlu dilaporkan kepada
pihak Kerajaan. Kalau was-was dapatkan pengesahan daripada pihak berwajib terlebih dahulu ataupun hubungi Pusat Racun Negara.
Amalkan tabiat bertanya seperti nama ubat, kekuatan dosnya serta juga nama pengilang
atau pengedarnya apabila anda menerima atau membeli ubat. Selain daripada itu tentukan juga apa-apa maklumat khas diperolehi
juga. Antaranya adalah seperti kegunaan semasa hamil, atau menyusukan bayi ataupun kesan-kesan sampingan lain. Maklumat seperti
ini amat diperlukan semasa kecemasan dan keracunan. Ini boleh membantu menyegerakan rawatan.
Kesedaran terhadap bahaya bahan-bahan
pencuci rumahtangga
Seperti ubat-ubatan, kebanyakan rumah ada menyimpan bahan-bahan pencuci, khususnya
di kamar-kamar mandi, dapur ataupun setor. Seperti juga ubat-ubatan, ramai yang agak cuai apabila menggunakan bahan tersebut
sehingga banyak antaranya terbiar begitu saja - mudah dicapai kanak-kanak. Malah ada yang tersimpan di lantai atau kamar yang
tidak berkunci. Kelazimannya, ramai yang beranggapan bahan-bahan ini tidak mendatang bahaya, apalagi setelah digunakan saban
hari tanpa banyak keranah. Namun pada hakikatnya bahan-bahan ini tetap merbahaya malah boleh mendatangkan maut.
Contoh-contoh yang dapat diberikan adalah seperti dalam jadual berikut:
Jadual Menunjukkan Bahaya Bahan-bahan Pencuci
Bahan |
Kesan-kesan tertentu |
Soda untuk masak (sodium
bikarbonat) |
Mata: rengsa, kemerahan, nyeri
Tertelan: radang tekak, sakit perut
Catatan Tambahan Boleh bertindakbalas
dengan asid |
Soda untuk basuh (sodium karbonat) |
Mata: melecur, penglihatan kabur
Kulit: kemerahan, rengsa
Tertelan: radang tekak, sakit perut
Catatan Tambahan Boleh bertindakbalas
dengan asid |
Cecair ammonia (10%) |
Mata: rengsa, bengkak, rabun
Kulit: melecur, nyeri
Terhidu: batuk, sakit dada, radang tekak dan hidung
Tertelan: rasa terbakar pada mulut, tekak dan perut, muntah
Catatan Tambahan Boleh bertindakbalas
dengan asid Jangan campur dengan bahan peluntur |
Bahan peluntur jenis klorin |
Mata: melecur,
penglihatan kabur
Kulit: kemerahan, nyeri, kering, pecah-pecah
Terhidu: radang tekak, batuk, sukar bernafas
Tertelan: radang tekak, muntah, melecur
Catatan Tambahan Boleh
bertindakbalas dengan asid atau haba |
Cuka (5% asid asetik) |
Mata: rengsa
Kulit: rengsa agak ringan
Catatan Tambahan Boleh
bentindakbalas dengan logam |
Boraks |
Mata: rengsa, kemerahan,
nyeri
Kulit: rengsa, ruam, pecah-pecah
Terhidu: batuk, hidung berdarah
Tertelan: mual, muntah, pening, rosak buah pinggang |
Oleh yang demikian, bahan-bahan seumpama ini penting disimpan jauh daripada jangkauan
kanak-kanak, di atas para-para misalnya ataupun di tempat berkunci. Tentukan juga setiap bahan tersebut tersimpan dalam bekas
asalnya yang berkeadaan bersih dan sempurna, tertutup ketat. Pastikan juga anda ketahui nama atau jenis bahan pencuci tersebut
kerana apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini maklumat seumpama ini dapat membantu menyegerakan rawatan.
BARANG PERMAINAN BOLEH MEMBAHAYAKAN
Kita mesti berasa agak ganjil apabila dikatakan bahawa barang permainan boleh
membahayakan. Pada hal barangan seumpama ini bertujuan untuk menyeronokkan dan melekakan kanak-kanak (mungkin juga dewasa)
dan bukan sebaliknya. Apa lagi di banyak tadika, permainan menjadi satu daya tarikan yang dipentingkan. Tetapi pada hakikat
ramai kanak-kanak mengalami kecederaan, kadangkala dengan tidak sengaja, akibat barang permainan ataupun hobi kegemaran mereka.
Salah satu sebab mengapa ini berlaku adalah kerana bahan yang gunakan untuk membuat barang permainan tersebut mengandungi
racun ataupun boleh memudaratkan kesihatan.
Sebagai contoh, baru-baru ini terdapat laporan yang mengatakan bahawa industri
permainan tidak sangat menghiraukan tentang hal-hal keselamatan pelanggan mereka apabila terdapat bahan pthalate terkandung
dalamnya. Ini adalah sejenis bahan yang terbit daripada permainan diperbuat daripada PVC (polivinil klorida, sejenis ‘plastik’
keras) terutama sekali apabila dihisap, kunyah ataupun tekanan dikenakan padanya. Akibatnya kanak-kanak mudah termakan atau
tertelan bahan tersebut dan ini boleh membahayakan kesihatan seperti kerosakan buah pinggang dan paru-paru. Dalam satu kajian,
63 barang permainan daripada 17 negara menunjukkan mengandungi bahan bahaya pthalate, umumnya antara 10 hingga 40 peratus
berat permainan tersebut.
Satu lagi contoh adalah penggunaan cat atau bahan warna yang mengandungi plumbum
untuk mewarnai permainan tersebut. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa plumbum ini boleh mengancam keselamatan kanak-kanak
terutamanya. Kesan plumbum kepada kesihatan telah disiarkan dalam PenawaRacun Bil. 6, Januari 1996. Plumbum pada paras yang
agak rendah sudah boleh menjejaskan prestasi pembelajaran kanak-kanak walaupun gejala keracunan masih tidak ketara.
Antara bahan-bahan hobi maupun permainan yang patut dielakkan untuk kanak-kanak
adalah seperti dalam senarai di bawah. Setiap satu daripada bahan-bahan ini boleh mengeluarkan atau mengandungi bahan beracun
dan tidak selamat jika digunakan oleh kanak-kanak terutama sekali. Misalnya,
- tanah liat khususnya dalam bentuk kering
- gam segera
- pewarna atau pencelup (untuk mencelup kain)
- perekat berasaskan pelarut
- pelarut
- pen ‘marker’ berdakwat tetap
- penyembur aerosol
- pengilat (‘glaze’), dan
- bahan epoksi
- serbuk pewarna ‘tempera’
Jika diperlukan juga, sebelum menggunakan bahan-bahan ini, pastikan kanak-kanak tidak terdedah padanya
dengan mengambil langkah-langkah pencegahan. Antaranya:
- Pertimbangkan usia, minat serta perkembangan dan keupayaan kanak-kanak
(Lihat juga nasihat/saranan syarikat pembuat).
- Pertimbangkan ruang yang ada untuk bermain dan menyimpan permainan tersebut.
- Carikan permainan yang tidak banyak memerlukan penyeliaan atau penjagaan.
- Cari permainan yang tidak mengandungi bahan berbahaya dan beracun.
- Tentukan tiada bahagian yang boleh mudah tertanggal atau tercabut; tarik-tarik
bahagian tertentu untuk menentukan ini tidak berlaku.
- Tentukan bahagian yang boleh bergerak dipasang dengan baik dan tidak
boleh menimbulkan masalah, seperti terkepit jari; atau yang bersendi-sendi tajam
- Pilih permainan diperbuat daripada kain, yang kukuh buatannya, boleh
dibasuh serta tidak mudah terbakar.
- Pembuatan yang kemas dan tahan lasak adalah ciri-ciri penting untuk
permainan kanak-kanak.
- Elakkan daripada permainan yang menggunakan pancutan (khususnya bergas),
atau yang bermata tajam seperti anak panah, maupun senjata. Tentukan juga permukaannya licin serta halus
- Periksa dan semak yang permainan sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.
Cuci jika perlu. Buang permainan yang rosak dan tidak selamat sekiranya ia tidak boleh diperbaiki dengan sempurna.
Pendek kata permainan boleh mengancam keselamatan kerana rekacipta atau
bentuknya yang tidak sempurna. Oleh itu perlu diambilkira keselamatan kanak-kanak sebelum membeli atau membenarkan mereka
‘berseronok’ dengan permainan tertentu.
Setelah mengambilkira hal-hal yang berkenaan dan pasti yang barang permainan itu
adalah selamat untuk kanak-kanak, pastikan pula ia disimpan dengan baik. Penyimpanan yang kurang sempurna boleh menyebabkan
kanak-kanak cedera oleh kerana letaknya tidak teratur maupun sesuai. Oleh yang demikian
- cara yang baik untuk menyimpan permainan ialah dirak terbuka yang stabil. Ini memudahkan kanak-kanak
daripada mengambil permainan yang diingininya tanpa banyak halangan dan lebih selamat.
- bakul plastik juga sesuai jika rak tidak dapat disediakan.
- penggunaan kotak-kotak kayu atau besi yang berat tidak digalakkan kerana:
- tutup kotak tersebut boleh terhempas dan menghimpit bahagian badan kanak-kanak,
khususnya tangan dan jari mereka,
- penjurunya yang agak tajam, dan pembuatan yang tidak kemas boleh mencederakan,
- tidak memberi kanak-kanak pemilihan yang baik kerana ada barang permainan
yang terlindung di bahagian bawah kotak tersebut.
Dengan
lain perkataan, keselamatan kanak-kanak perlu diutamakan dan para pengguna, terutama sekali ibubapa, penjaga dan guru bertanggungjawab
memastikan kanak-kanak tidak terdedah kepada apa-apa bahaya yang tidak diingini sama ada secara sengaja atau tidak.N
|